August 9, 2014

ESP SHAKLEE


ESP SHAKLEE : SUPPLEMENT BERASASKAN NON-GMO SOYA TERBAIK!
Assalamualaikum semua!

Pernah dengar tentang ESP Shaklee? Supplement berasaskan non-GMO (non Genetically Modified Organism) soya yang terbaik dalam pasaran supplement kesihatan. V(^_^)V

Jangan risau sekiranya anda pernah mendengar tentang keburukan soya yang mampu menyebabkan kanser dan penyakit-penyakit lain! Kerana ESP Shaklee bukan sembarangan produk berasaskan soya ye! Sumber kacang soya ESP bukan sahaja non-GMO, malah telah diproses dan diekstrak dengan menggunakan air bagi mengekalkan isoflavones genistein dan daidzein yang kritikal bagi membekalkan anda dengan seluruh kebaikan soya.



Antara kelebihan ESP adalah:

Satu-satunya produk yang menjamin penyediaan 9 asid amino penting yang tidak dapat dihasilkan oleh tubuh manusia.
Diperkaya dengan 5 sumber vitamin dan 4 sumber mineral yang amat diperlukan oleh tubuh manusia untuk mengekalkan kesihatan.
Kandungan Indeks Glisemik (G.I) yang rendah iaitu 39; menjadikan ia sangat sesuai juga kepada penghidap kencing manis. G.I yang rendah memecahkan gula perlahan-lahan sambil membebaskan glukos ke dalam sistem badan anda. Mengekalkan paras gula yang rendah dalam badan anda amatlah penting dalam pengurangan berat badan dan penjagaan kesihatan jangka panjang. Justeru, ia amat sesuai untuk mereka yang ingin menurunkan berat badan juga!
Satu hidangan ESP ini bersamaan dengan 2 kali ganda daging, 4 kali ganda telur, 12 kali ganda susu.
ESP adalah rendah lemak, tiada kolesterol. tiada asid uric dan sangat mudah diserap oleh tubuh manusia.
Kandungan protein yang tinggi membantu dalam pembentukan pelbagai organ dan tisu dalam badan serta merupakan komponen utama hormon manusia. Ia juga merangsang fungsi psikologi.


Antara MANFAAT ESP adalah:

 ‘MILK BOOSTER’ bagi ibu yang menyusukan anak
 ‘ENERGY BOOSTER’ bagi ibu hamil, menyusukan anak serta mereka yang ingin menurunkan berat badan
 Menganjalkan badan menggeleber ibu lepas bersalin
 Mengembalikan kepejalan otot; membentuk bentuk badan yang cantik
 Membantu ibu yang ingin re-laktasi
 Memperbaiki kesan ‘stretch mark’ & luka cesear selepas bersalin
 Menjadikan kulit anjal, gebu & licin
 Mengekalkan rasa kenyang berpanjangan bagi yg ingin menurunkan berat badan
 Memelihara kestabilan hormon wanita
 Menegang & menganjalkan payudara
 Mengekalkan awet muda
 Baik untuk kesihatan prostat bagi lelaki
 Membaiki pigmentasi kulit - membaiki masalah rambut gugur, beruban & pigmentasi kulit akibat penuaan.
 Meningkatkan kualiti memori, vitaliti, dorongan seksual dan rangsangan.


ESP juga boleh digabungkan dengan pelbagai supplement Shaklee yang lain bagi memberikan kesan yang lebih optimum ke atas satu-satu masalah kesihatan. Antara masalah kesihatan yang disarankan bagi pengambilan salah satu Set ESP adalah:


Penyusuan bayi
Penghidap gastrik
Ibu hamil dan inginkan bayi yang bijak
Mereka yang inginkan kulit yang cantik
Mereka yang ingin menurunkan berat badan atau mengekalkan berat badan sihat
Ibu yang baru melahirkan anak sama ada secara normal atau cesearean
Mereka yang baru menjalani pembedahan
Mereka yang ingin hamil, meningkatkan kesuburan ataupun mempunyai kitaran haid yang tidak teratur
Mereka yang ingin menambah berat badan

Harga pasaran RM150.00/jar..SPECIAL PRICE hubungi saya




KENALI GLA COMPLEX


Assalamulaikum dan salam sejahtera,

Saya suka sangat nak share mengenai GLA, ye la ni vitamin Wanita jelita..eheee ada tambahan lelaki Perkasa juga ye..ok jom kita bekenalan dengan VITAMIN SECERAH MATAHARI yang diberi nama GLA COMPLEX ni


Jernih beseri seri, dah boleh bayangkan betapa bestnya kalau mengamalkan GLA ni..

Kenali dan ketahui APA ITU GLA COMPLEX

GLA adalah singkatan daripada perkataan Gamma Linolenic acid. Ia merupakan sejenis asid lemak Omega 6. Untuk pengetahuan kalian sebenarnya tubuh kita mampu menghasilkan GLA. Tetapi didalam tubuh kita ia kenali sebagai acid linoleik . acid linoleik ini boleh dihasilkan jika kita mengambil makanan yang mengandungi lemak tidak tepu didalam diet seharian kita. Persoalannya berapa ramai diantara kita yang membuat semakan makanan yang diambil adalah lemak tidak tepu ataupun lemak tepu. Yang pasti kebanyakkan daripada kita hanya mementingkan makanan sedap dan menyelerakan.

Jadi adakah kita memberikan GLA yang mencukupi kepada tubuh kita????.....tepuk dada, tanya kuantiti diet anda.

GLA memainkan peranan penting didalam pembentukan prostaglandin. Prostaglandin ini merupakan bahan penting dalam mengawalatur perembesan hormon. Dengan ini secara tidak langsung, ia juga turut berperanan mengawal proses badan yang normal.

Siapakah yang perlu mengambil GLA ini?

1. Mereka yang ingin menurunkan berat badan. Ini kerana GLA dapat bertindak dengan asid lemak bagi mengelakan pembentukan sel lemak, yang menyumbang kepada bertambahan berat badan. Pengambilan GLA sebelum tidur berupaya membantu pemecahan lemak ketika tidur. Pengambilan GLA bersama lecithin boleh mempercepatkan lagi proses penurunan berat badan secara sihat dan selamat.

2. Mereka yang mengalami hypertension. Ini kerana GLA boleh menurunkan tahap cholesterol jahat dalam darah iaitu LDL ( low density lipoprotein). LDL ini menyebabkan penimbunan cholesterol pada salur darah. Ini menyebabkan salur darah menjadi sempit. Ini akan menyebabkan anda mengalami hypertension. Dan paling buruk boleh menyebabkan serangan jantung dan strok

Cuba bayangkan saluran sinki rumah kita. Segala kotoran lemak dan sisa makanan yang terlekat pada dinding paip adalah cholesterol. Dan bayangkan jika saluran sinki itu tidak pernah diletak anticlog. Pasti sinki kita akan tersumbat dan menyebabkan kebocoran. Bayangkan ia terjadi dalam tubuh kita. Maka sila dapatkan anticlog untuk tubuh kita iaitu GLA, untuk mengelakan perkara buruk yang berlaku

3. Mereka yang mengalami dysmenorrhea ataupun senggugut. Dysmenohrrhea ini ditakrifkan sebagai rasa sakit ataupun kejang ketika datang haid. Ini disebabkan contraction dibahagian uterus yang diakibatkan oleh penghasilan prostaglandin. Pengambilan GLA yang berterusan dapat mengurangkan rasa sakit dan kejang. Pengambilan GLA bersama dengan B-complex, Omega-3, Garlic dan Calcium dapat membantu mengatasi masalah ini dengan lebih cepat.

4. Mereka yang hamil dan menyusukan anak Seperti yang diterangkan di atas, GLA memainkan peranan penting dalam mengawalatur hormone, iaitu melalui pembentukan prostaglandin. Oleh itu secara tidak langsung ia juga terlibat dalam penghasilan estrogen dan progestron iaitu hormone yang memainkan peranan penting ketika kehamilan dan penyusuan. Pengambilan GLA bersama dengan calcium, iron, alfafa, lecithin dan B-complex dapat membekalkan nutrition yang secukupnya kepada tubuh ketika kehamilan dan penyususan. Tahukah anda GLA dan alfafa boleh bertindak sebagai booster kepada penghasilan susu.

5. Mereka yang selalu mengalami PMS (Premenstrual Syndrome). Adakah anda perasaan satu perasaan yang pelik sering berlaku pada diri anda atau isteri anda (bagi lelaki) apabila hampir datang bulan ataupun diwaktu bendera merah hampir dikibarkan. Pada waktu begini wanita akan mudah naik angin tidak tentu pasal, sensitive, sedih dan bersifat negative. Dianggarkan 40% daripada wanita mengalami PMS. Symptom ini terjadi diantara proses ovulasi dan pendarahan. Symptom akan hilang sebaik sahaja pendarahan bermula atau selepas 2-3 hari pendarahan.

Pada waktu ini, wanita biasanya memerlukan belaian dan layanan yang istimewa terutamanya daripada suami. Jika suami tidak dapat memahami signal yang diberikan, maka conflict sering terjadi pada ketika ini. Symptom ini biasanya mengambil masa sehingga 7 hari pada setiap pusingan. Pada kaum lelaki yang bergelar suami, pekara ini mampu membuatkan rambut anda separuh botak atau menyamai padang golf kerana terpaksa melayani keranah wanita pada ketika berlakunya PMS. Oleh itu bekalkan GLA kepada isteri anda, supaya anda tidak kelihatan tua sebelum waktunya.

Bagi wanita yang mengalami PMS, elakkan mengambil makanan yang mengandugi caffeine, sodium, chocolate, alcohol, daging merah, ayam dan ikan didalam diet anda. Ini kerana pengambilan makanan berikut boleh menyebabkan keadaan bertambah teruk, sehingga boleh mengalahkan tsunami jika tidak dibendung. Banyakkan mengambil makanan yang berunsurkan carbohydrate, sayuran dan buah-buahan.


6. Mereka yang inginkan kelihatan awet muda. Sudah tentu ini merupakan satu pekara yang amat menarik minat dan perhatian anda semua. Ada dua pekara yang tidak boleh diubati iaitu mati dan tua. Tetapi tahukah anda, anda boleh melambatkan proses penuaan melalui pengambilan nutrient yang betul dan mencukupi dalam diet anda. Pengambilan GLA bersama dengan protein, B-complex, Vitamin C, Vitamin E, Beta-carotene dan Zinc secara berterusan boleh membantu kita kelihatan muda daripada usia sebenar kita. kita bukan sahaja kelihatan muda, segak dan bergaya bahkan apa yang lebih penting anda juga sihat

7. Mereka yang mengalami menopause. Ia bukan sahaja berlaku pada wanita tetapi juga lelaki dan dikenali sebagai andropause. Jika PMS sahaja boleh membuatkan hidup lelaki yang mendampingi wanita menjadi huru-hara apatah lagi menopause.

Menopause terjadi gara-gara kekurangan penghasilan hormone estrogen dan progestron ataupun androgen (bagi lelaki) hormone ini memainkan peranan penting system productive yang turut mempengaruhi emosi seseorang. Pengidap biasanya akan menunjukkan symptom seperti hot flashes ( muka rasa merah dan panas), berpeluh, kekeringan pada viginal, sakit kepala dan perubahan emosi yang menentu arah seperti taufan atau putting beliung. Hmmm mungkin kerana ini jugalah nama taufan sering dikaitkan dengan wanita sebagai contoh taufan catarina. Lebih teruk lagi ia juga akan meningkatkan risiko untuk mendapat sakit jantung terutamanya lelaki dan juga osteoporosis bagi wanita.

Tahukah anda, berapa banyak pun calcium yang anda ambil tidak dapat membantu masalah osteoporosis sekiranya anda tidak mengambil bersama GLA. Ini kerana penyerapan calcium tulang adalah bergantung kepada kandungan hormone estrogen.

8. Mereka yang mengalami masalah kencing manis ataupun Diabetes Mellitus. Salah satu komplikasi kecing manis adalah rasa kebas yang melampau atau lebih dikenali sebagai neuropati diabetes. Pernahkah anda berdepan dengan pesakit diabetes yang kadang terlupa untuk memakai kasut ketika menjalani aktiviti harian seperti pergi kekedai. Ini disebabkan oleh rasa kebas yang melampau sehingga mereka tidak mampu merasa sakit, sejuk ataupun panas. Ini disebabkan oleh kegagalan pada system saraf motor. Kekurangan GLA menyebabkan masalah pada sarung yang menutupi saraf (iaitu sarung meilin) dan mengurangkan aliran darah.

Oleh yang demikian pengambilan GLA dapat membantu pesakit diabetic mengatasi dan mengurangkan derita yang ditanggung. Penambahan zinc juga penting untuk meningkatkan system imun dan juga alfafa.

9. Mereka yang mempunyai masalah kesuburan atau kemandulan. Seperti yang diketahui masalah ini sering berkait rapat dengan masalah hormone, emosi dan system immune tubuh. Pengambilan nutrisi yang betul dan secukupnya dapat membantu masalah ini. Bagi pasangan yang sukar mendapatkan cahaya mata disarankan untuk mengambil GLA berserta dengan calcium, zinc, vitamin E dan B-complex . Mungkin ini adalah salah satu jalan yang dapat membantu anda mengatasi masalah kesuburan dan memenuhi impian anda untuk mendapatkan cahaya mata.

10. Mereka yang lemah tenaga syahwat. Lagi sekali ia juga melibatkan hormone. Maka pengambilan GLA dapat menolong masalah ini. Tambahkan juga Omega-3, vitamin E, zinc dan B-complex. Pengambilan B-complex juga dapat memberikan tenaga dalaman dan juga boleh membantu bagi mereka yang mengalami masalah erectile dysfunction.

APAKAH SUMBER MAKANAN YANG MENGADUNGI GLA??

Sumber utama adalah minyak bunga evening primrose oil dan minyak biji boraj.


GLA complex Shaklee mengandungi 306 mg acid linoleic acid berserta 15 IU vitamin E (iaitu kira-kira 50% daripada keperluan harian berdasarkan 2000 calorie diet).


Satu botol GLA complex mengandungi 60 capsule dengan 60 hidangan.Dengan kata lain satu botol boleh bertahan diantara sebulan ke dua bulan bergantung keatas keperluan masing-masing. Kos pengambilan bagi satu hari adalah diantara RM1.50 –RM 3.00

Ok jadi anda dah tau kan kenapa mesti GLA dalam kehidupan harian anda..emm baca dan adam jadi anda bjak menilai sendiri.

sekiranya berminat sila hubungi saya wakil sah shaklee anda. 



July 7, 2014

SUPLEMEN



PENGAMBILAN makanan tambahan (supplement) seakan-akan sudah menjadi gaya hidup kebanyakan wanita moden hari ini. Sama ada dalam bentuk pil, kapsul, tablet, serbuk, cecair, semua berasaskan sebab yang sama, demi kecergasan atau kecantikan tubuh badan. Bukan sesuatu yang mustahil untuk melihat seseorang wanita itu mengambil puluhan jenis tablet pada setiap pagi.

Jika di Amerika, pemakanan tambahan mengikut definisi Akta Diet Kesihatan Tambahan dan Pendidikan (DSHEA) 1994 menjelaskan makanan tambahan kesihatan seharusnya mengandungi vitamin, mineral, makanan, botani, asid amino dan ia seharusnya bersifat memenuhi pengambilan biasa semua unsur itu.

Tetapi sejauh mana kepentingan pengambilan makanan tambahan begini kepada kita? Secara teorinya, jika anda mengamalkan pemakanan sihat dengan imbangan jadual pemakanan yang betul, cukup protein, lemak dan karbohidrat, anda tidak memerlukan makanan tambahan.

Seorang imunalogist yang ditemubual, Dr Chen Jau Fei, tidak lama dulu, pernah berkata, makanan tambahan hanya untuk mereka yang malas.

Katanya jika seseorang itu memiliki imbangan pemakanan yang betul, tiada alasan untuk mengambil makanan tambahan. Jauh bezanya antara makanan asal seperti sebiji oren dengan tablet yang sama khasiatnya.

Bagaimanapun katanya, dengan kepantasan hidup pada zaman ini, bukan sesuatu yang mustahil jika ramai daripada kita memilih mengambil makanan tambahan.

Apatah lagi memang anda seorang individu yang menjalani kehidupan serba pantas, hambatan kerjaya selain faktor sekeliling yang tidak mendorong kepada gaya pemakanan yang sihat, mungkin anda perlu memikirkan untuk mengambil makanan tambahan. Apatah lagi jika anda berhadapan dengan satu daripada senario ini.

1.Kerap berada dalam keadaan tertekan sama ada kerana kerja, keluarga dan perhubungan. Keadaan ini akan menyebabkan kelenjar adrenal anda berkerja ‘lebih masa’. Keadaan ini akan menyebabkan sakit kepala dan keletihan. Mungkin pengambilan vitamin B komplek, E dan C boleh membantu.

2. Sejarah keluarga yang berhadapan dengan ostreoprosis. Membekalkan tubuh anda dengan mineral yang tersimpan dalam tulang boleh menolong mencegah masalah ini. Apatah lagi bagi wanita yang kerap melahirkan anak, bayi bergantung bekalan kalsiumnya daripada ibu. Justeru pengambilan kalsium, magnesium dan vitamin D mungkin membantu anda menangani osteoprosis.

3. Anda kerap diserang selesema. Sistem imun anda mungkin rendah berbanding orang lain. Dalam keadaan ini tambahkan pengambilan vitamin C dan zink.

4. Jika anda merokok, anda memerlukan lebih vitamin C. Selain itu anda mungkin memerlukan kalsium, magnesium dan vitamin D, kerana merokok juga dikaitkan dengan osteoporosis, tetapi sebaik-baiknya berhentilah merokok.

5. Jika anda berhadapan dengan masalah hormon, anda mungkin memerlukan vitamin B6. tetapi jangan ambil dos yang banyak tanpa rujukan doktor.

6. Anda mengalami masalah tekanan darah rendah. Lebihkan pengambilan zat besi, vitamin C, asid foli dan vitamin B12 juga.

7. Gout- Mungkin anda perlu mengambil vitamin B5 (asid panthothenik)

8. Masalah jantung - Minyak ikan membantu menurunkan tahap kolesterol. Ia juga berfungsi sebagai agen mengurangkan bengkak atau radang. Jika anda tidak mendapat minyak zaitun dalam diet, mungkin anda perlu pertimbangkan mengambil makanan tambahan.


MENGAPA KITA PERLU MENGAMBIL SUPLEMEN

1. Sebab kita terdedah dengan pencemaran alam sekitar.
Kesan daripada pencemaran udara akan mengganggu sistem pernafasan manusia. Gas-gas seperti karbon monoksida akan meracuni sistem pengangkutan oksigen dalam darah dan akan melambatkan tindakbalas manusia .Sehinggalah menyebabkan mengantuk,penyakit lelah dan mengurangkan fungsi paru-paru.
2. Badan kita memerlukan dos yang lebih tinggi bagi sesetengah nutrien
Badan kita sememangnya memerlukan vitamin dan mineral sebagai tambahan untuk memastikan ia bergerak aktif seperti Vitamin C bagus untuk kulit dan Vitamin E untuk anti penuaan.

3. Buah-buahan dan sayur-sayuran mungkin terjejas
Penggunaan racun perosak, racun serangga  akan mempengaruhi kualiti buah-buahan dan sayur-sayuran. Penggunaan racun serangga berpotensi membahayakan kesihatan seperti sakit kepala,loya,sakit dada,muntah,ruam,sakit otot,cirit birit dan pandangan mata yang kabur.

4. Amalkan gaya hidup yang tidak sihat
Gaya hidup yang kurang sihat seperti merokok,kurang bersenam,tidak mengamalkan diet yang seimbang,makan lewat malam ,kurang rehat dan tidur akan mengundang pelbagai penyakit sepertipenyakit jantung dan strok.Tekanan di tempat kerja, balik lewat malam akan membawa kemusnahan Vitamin B dan C.

5. Makan mengikut selera rasa
Sebut saja Fast Food, semua orang tahu jenis makanan apa yang dimaksudkan.Boleh dikatakan ia berjaya mengubah selera masyarakat Malaysia.Makanan segera yang diambil dalam jumlah kerap dan banyak tidak baik untuk kesihatan kita terutama kanak-kanak.

6. Gangguan penyerapan nutrisi dalam badan
Pengambilan pil penahan sakit,ubat-ubatan,alkohol akan mengganggu penyerapan zat makanan.Tahukah Kafein juga boleh menghalang penyerapan Vitamin D dan kalsium ke dalam tubuh?. Ia juga boleh mengganggu penyerapan beberapa nutrien dam tubuh.

7. Kehilangan Nutrien
Tahukah kita bahawa cara memasak,menggoreng terlalu lama,memotong,menyimpan bahan mentah terlalu lama di dalam peti sejuk boleh menyebabkan kehilangan nutrien?.Jadi apa yang tinggal lagi untuk kita..

Apapun, adalah penting untuk mendapatkan makanan tambahan yang berkualiti dari segi vitamin dan mineralnya. Jika tidak pasti mungkin boleh merujuk kepada yang pakar seperti doktor.
Saya memilih suplemen shaklee kerana saya yakin halal, selamat serta mendapat kelulusan KKM dan yang paling penting suplemen shaklee telah berada lebih 50tahun di pasaran Dunia.
Jadilah pengguna bijak demi kesihatan yang berpanjangan..



July 6, 2014

KENALI VIVIX

ok selamat pagi ..selamat berpuasa..selamat bersahur...sementara menunggu sahur boleh la saya update blog dulu kan..Mata segar sebab minum cinch tea..Opss.ok nanti kita cerita pasal cinch tea ye..

Sejak akhir akhir ni asyik dengar berita yang tak berapa nak seronok je..Cancer lah..Strok la...tengok dalam Fb kawan kawan update macam macam kes..ada yang atok di serang strok selepas berbuka, meninggal kerana cancer dan macam macam lagi lah..Ye lah tak ada siapa yang nak mintak sakit kan. Lagi satu mengamalkan VIVIX awek muda tau..tak payah botox botox bagai..kulit tegang dan nampak muda dari usia sebenar..Sapa yang tak mau kan..

Jadi tak salah kalau kita cuba amalkan suplemen semasa sihat kita supaya terhindar atau membantu mengelakkan di serang penyakit merbahay, kerana pengambilan suplemen bukan nak kena tunggu sakit semasa sihat ini lah kita kena amalkan suplemen..SILA RUJUK DISINI UNTUK MENGETAHUI KEPENTINGAN SUPLEMEN DALAM KEHIDUPAN KITA.

SUPLEMEN yang sangat membantu dalam membantu masalah pesakit kronik dan anti penuaan adalah VIVIX.


JOM KENALI APA ITU VIVIX


Vivix mengandungi campuran unik botani Polyganum Cuspidatum, Aggur Muscadine, Elderberri Eropah dan lobak ungu yang kaya dengan polifenol. Polifenol ialah kumpulan fotokimia yang terdiri dari sebatian tanaman yang mengandungi khasiat antioksidan dan sel anti penuaan.

Vivix memberikan impak kepada 4 mekanisma penting penuaan pada tahap selular.
Kerosakan DNA – tubuh diserang setiap hari dengan serangan yang boleh merosakkan DNA. Setiap serangan menghasilkan ‘typo’ atau kesilapan dari yang asal yang mana ia akan mengganggu fungsi sel dan panjang umur. Ramuan dalam Vivix akan melindungi dan memperbaiki selular DNA.

Pengawalan genetic – menyumbang kepada kemerosotan umur pada tahap selular. Dalam kajian klinikal, Vivix mengaktifkan satu pengawalan genetic utama yang menolong melambatkan penuaan pada tahap selular.
Pengeluaran tenaga yang kian menurun oleh sel-sel – Didalam sel terdapat Mitochondria yang menjana tenaga yang kita perlukan. Apabila kecekapan Mitochondria menurun, tahap tenaga akan menurun. Ramuan Vivix akan menggalakkan biogenesis (pembentukan baru) mitochondria untuk meningkatkan tahap tenaga dalam sel.

Penimbunan protein AGE (Advanced Glycation End Products) – Penimbunan protein AGE menyebabkan kerosakan tahap selular yang akan mengganggu keutuhan sel dan panjang umur. Vivix adalah 10 kali lebih kuat dari resveratrol (kandungan unik dalam anggur muscadine) untuk melambatkan pembentukan protein AGE.

APAKAH BAHAN BAHAN YANG TERKANDUNG DALAM VIVIX


Anggur Muscadine – satu2nya anggur di alam semulajadi yang mempunyai lebih dari satu kromosom yang mana saintis percaya ia mengukuhkan profil polifenol yang baik untuk kesihatan. Ia juga mengandungi asid ellagik yang tinggi  dimana ia tidak dijumpai dalam mana2 anggur jenis lain dimana ia mempunyai ciri2 menghentikan kimia penyebab kanser,, anti-virus dan anti-bakteria.

Lobak ungu – Sumber terbaik vitamin A dan mengandungi phytokimia termasuk carotenoids, phenolics, polyacetylenes, isocoumarins dan sesquiterpenes. Ia juga mengandungi anthocyanins, suatu anti-oksida yang kuat. Antocyanins menunjukkan aktiviti biologi termasuk anti-oksidan, anti-radang, anti-mikrobial dan anti-carcinogen (penyebab kanser). Ia juga menunjukkan kesan pada  saluran darah, platlet dan lipoprotein yang berkebolehan mengurangkan risiko sakit jantung

Elderberry eropah – Amat berkesan dalam mengubati simptom flu, terutama influenza B. Ia mengandungi flavanoids yang mempunyai ciri anti-oksida yang mengukuhkan system imun. Elderberry juga kaya dengan vitamin A, B, C dan nutrient seperti asid amino, carotenoid, tannin dan rutin. Selain menguatkan system imun, ia amat baik untuk melawan jangkitan virus, asma, batuk, sesak hidung dan dada serta diabetes. Elderberry juga memberi perlindungan kepada penyakit jantung dan strok.

Polygonum Cuspidatum – Dikenali sebagai Knotweed Jepun. Merupakan sumber komersil Resveratrol. Resveratrol membantu melambatkan proses penuaan, merendahkan kolesterol, tekanan darah, meninggikan prestasi atlet dan mengurangkan berat badan.

FUNGSI DAN KEBAIKAN VIVIX



* melawan PENUAAN selular
* Perlindungan ANTIOKSIDAN
* Melindungi dan pembaikan selular DNA
* melambatkan pembentukan protein AGE
* peningkatan tenaga selular
* KEKEBALAN ditingkatkan
* menyokong kesihatan KARDIAVASKULAR
* menyokong kesihatan JANTUNG
* menyokong kesihatan SENDI
* menyokong kesihatan OTAK
* menghentikan penyebab KANSER
* mengurangkan DIABETIS
* mengukuhkan sistem IMUN
* mengurangkan STRESS
* merendahkan KOLESTROL
* memperbaiki PENGLIHATAN
* memperbaiki PENGHADAMAN
* mengurangkan BERAT BADAN
* kurangkan KERADANGAN   

SIAPA YANG MEMERLUKAN VIVIX?

Ya, sesiapa sahaja (18 tahun ke atas) yang mahu mendapat khasiat polifenol semulajadi yang tinggi, demi sebuah kesihatan. Sesuai untuk mereka yang sukar menelan vitamin dalam bentuk tablet/pil.
Biasanya kami menyarankan sekiranya mengambil Vivix, tidak perlu mengambil supplemen lain. Ya, ini kerana harganya yang agak mahal. Namun, sebenarnya Vivix boleh diambil dengan supplemen lain, kerana ia memberi kesan sinergi bila diambil bersama-sama. Walau bagaimanapun, Vivix sahaja sudah cukup bagus untuk memperbaiki sel, menghapuskan radikal bebas dan memperbaiki DNA.
Walaubagaimanapun, Vivix TIDAK BOLEH diambil oleh ibu mengandung dan menyusukan anak serta mereka yang berumur 18 tahun ke bawah.
Vivix perlu disimpan dalam peti sejuk kerana penghasilannya dari bahan semulajadi memerlukan suhu rendah agar tahan lebih lama. 

JOM LIHAT TESTIMONI VIVIX

TESTIMONI 1
DIABETES, RABUN DAN DARAH TINGGI

 TESTIMONI 2
DARAH TINGGI DAN PENAT


TESTIMONI 3
BERHENTI MEROKOK DENGAN VIVIX

TESTIMONI 3
SAKIT LUTUT, DARAH TINGGI DAN MILD STROKE

 TESTIMONI 4
MILD STROKE

TESTIMONI 5
KULIT CANTIK BADAN SIHAT

 TESTIMONI 6
STROKE

TESTIMONI 7
KESIHATAN MAK ABAH SEMAKIN SIHAT
(Gambar kiri di awal pengambilan vivix, gambar kanan pula adalah gambar terkini Mr Law.
 Makin sihat, makin muda. ^_^)


Law Chu Hian merupakan bekas pengacara NTV7 yang telah bertarung melawan kanser 9 tahun lalu telah mengamalkan Vivix sebagai rutin harian beliau dan kini beliau kelihatan semakin sihat. Beliau telah meletakkan jawatan sebagai pengacara dan giat aktif sebagai pengedar sah Shaklee dan kini beliau telah mencapai tahap Shaklee Masters Coordinator!

"From chemotherapy to near-death experience to total recovery, it's my mission to uplift and to support all who had or having cancer (or other chronic illnesses), and together, we empower one another in our journey." 
- Lau Chu Hian : Body Mind & Soul Journey of a Cancer Survivor. 


Dah tau dan mengenali info dan kebaikkan vivix, sebanarnya badan yang sihat adalah lebih penting jika nak dibandingkan nilai pelaburan untuk mendapatkan VIVIX terbaik dari shaklee ini, harga pasaran perupakan RM475.00 untuk tempoh pengambilan 1 bulan lebih..


Tapi sepanjang bulan JULY 2014 ini adalah merupakan bulan promosi BELI 6 PERCUMA1,jadi dapatkan harga lebih jimat dari biasa 

PROMOSI ISTIMEWA
Beli 2 VIVIX ANDA AKAN MENDAPAT:-
FREE MEMBERSHIP SHAKLEE
FREE DELIVERY
BONUS (CASH)


Berminat dan inginkan konsultasi secara PERCUMA dengan lebih lanjut hubungi saya  


July 3, 2014

SET BERPUASA SHAKLEE

Asslamualaikum ..

Petang ni kak jijah nak update pasal info SET BERPUASA SHAKLEE.
Set berpuasa adalah satu set kesihatan yang disarankan kepada golongan-golongan tertentu untuk mengambilnya ketika menjalani ibadah puasa di bulan Ramadhan. Antaranya ialah ibu yang menyusu anak, ibu yang mengandung, individu yang bekerja berat, individu yang mudah letih berpuasa dan sebagainya. Walaupun ada kelonggaran untuk para ibu yang menyusu dan hamil namun alangkah indahnya jika kita dapat meraikan ramadhan dengan berpuasa penuh

Set asas yang dimaksudkan adalah Energizing Soy Protein atau ESP (perasa Vanilla) dan Performance Drink atau PD (perasa oren). Set  berfungsi untuk membekalkan nutrien dan keperluan seharian tubuh agar terus kekal bertenaga sepanjang hari.
Kita tentu dah biasa lalui keadaan dimana, tidak sempat bersahur atau waktu sahur tinggal 5 minit sahaja! Jadi untuk membekalkan tenaga dan memberi rasa kenyang sedikit sebanyak SET BERPUASA SHAKLEE ini dapat membantu, selain itu juga lagi kelebihan adalah ianya memberi anda tenaga untuk menunaikan ibadah Maghrib, Isyak serta bertarawih dan bertadarrus. Akhir sekali, bagi ibu menyusu ia membantu ibu berpuasa sambil menyusukan anak. Begitu juga untuk ibu ya ng sedang mengandung.

Di sini kita boleh lihat secara ringkas kebaikan dan fungsi SET BERPUASA SHAKLEE

. PERFORMANCE DRINK SHAKLEE
Minuma isotonik semualajadi rendah sodium dan gula. Mengawal  dan mengurangkan kehilangan bendalir yang menyebabkan tubuh cepat letih dan mengelakkan penyahhidratan. Juga mengekalkan kelembapan kulit.

3. ESP
Membekalkan LONG LASTING ENERGY. Mengurangkan rasa lapar keterlaluan. Sebagai Milk Booster bagi ibu menyusu. Mencantikkan walaupun tak bermekap sakan semasa berpuasa. Diperkaya dengan kalsium untuk mengurangkan keasidan soya. Jadi mengurangkan risiko serangan gastrik bagi pesakit gastrik ketika berpuasa

Oppss sebelum terlupa..ESP tu bantu kulit cantik tau..bermakna dalam masa kita nak bertenaga sepanjang hari pengambilan ESP bantu kulit gebu bukan tang muka ja..satu badan tau


Ok jadi sekiranya anda pembaca yang bijak, melaburlah untuk kebaikan dan kesihatan badan anda disamping dapat anda melaksanakan amal ibadat dengan lebih sempurna dan selesa



RESEPI ESP CINCAU YANG MELELEH

BAHAN BAHAN

ESP [ wajib ok]
Cincau di potong dadu atau yang telah di sagat
Gula merah @ gula melaka 
Ais batu

Cara cara:-
Masukkan 2 sudu besar ESP dalam air 200ml air suam, kemudian shake mengunakan shaker atau botol air yang ada penutup dan goncangkan sesuka hati anda..
Potong cincau alus @ potong dadu lebih kurang dua 2 ke 3 sudu besar, kemudian masukkan cincau tadi
ke dalam ESP yang telah di shake tadi.
Masukkan ais batu mngikut citarasa anda, nak minum suam pun boleh
Keluaran dari shaker dan masukkan kedalam gelas yang paling cantik yang anda ada...hehe
tapi kalau nak minum dalam shaker tu pun tak salah
Dan akhir sekali masukkan gula melaka@gula merah yg telah dicairkan terlebih dahulu dengan air panas, tuang perlahan lahan supaya gula tadi nampak terapung di sebelah atas..haaa barulah nampak layer...

Nota : kalau yang nak rasa soya asli tak payah letak gula merah@gula melaka pun x de hal..memang sedap sampai syahduu nye tak tekata.






















Apa yang saya nak sharekan disini adalah..pengalaman saya berbuka dengan ESP cincau ni sangat lah best nye..awal2 tu nampak semua lauk sedap..tak lari dengan nafsu makan yg membuak buak ni...semua lauk saya nak taram...tapi bila azan je saya terus jamah kurma dan segelas air ESP CINCAU tu..serius rasa kenyang nak sedawa..nak habiskan nasi sepinggan pun macam susah...Memang bestlah...ini adalah realiti ok.
Ok bila kita dapat kawal nafsu makan semasa berbuka jadi rasa kekenyangan yang berlebihan sehinggakan rasa mengantuk dan lemau nak solat magrib tu memang tak ada.Memang cergas dan bertenaga...yang pasti ESP memang best dan mengenyangkan..Misi nak kurus menjelang raya dalam genggaman...dan yang paling best kulit memang cerah berseri lain macam..Tak tau nak kata apalah kalau tak nak mencuba ESP CINCAU..
 

Design by !Aini Zakaria |All right reserved for Wardrobe Kak Jijah ©